Nukilan: Hidayatun Nadhirah
"Nak
berubah tu bukan senang. Kau ingat aku tak nak ke berubah?" Keluhnya
memecah lamunan aku.
Aku
yang tengah syok lempar pandangan jauh ke tengah tasik menoleh pandang dia di
sebelah. Wajahnya aku renung dalam-dalam.
Dia masih buang pandangan
memerhatikan tasik yang terbentang luas di hadapan kami.
Aku memilih untuk
berdiam dengan harapan dia akan meneruskan kata-katanya. Dalam benak aku dah
muncul pelbagai macam soalan.
"Aku
nak berubah tapi bila fikir tentang penerimaan orang terhadap perubahan aku.
Tiba-tiba aku jadi takut. Aku jadi tak kuat."
Dia seakan memahami maksud
diamku itu. Dia bantu aku rungkai persoalan yang bermain di fikiran.
Aku
yang masih memandang dia, terus bersuara.
"Kenapa
kau fikir macam tu sedangkan tu hanya sangkaan kau je. Kadang apa yang berlaku
tak semestinya sama seperti apa yang kita fikirkan."
"Tapi
aku bercakap ni berdasarkan apa yang aku lihat berlaku kat sekeliling aku.
Berapa ramai kat luar sana yang nak berubah. Tapi berhenti sebab tak kuat nak
hadapi semua ujian yang datang dalam proses mereka nak berubah." Katanya
meningkah kata-kata aku.
Aku kemam bibir sambil memikirkan hujah terbaik bagi menyanggah kenyataannya.
Bukannya aku nak menang berhujah tapi aku rasa persepsi dia terhadap perubahan
perlu diubah. Kalau aku diam bermakna aku mengiyakannya. Walaupun aku tahu
semua itu salah.
"Sebenarnya
kan... Memang itu sifatnya. Bila kau pilih untuk berubah, bermakna kau pilih
untuk diuji. Alah, konsep dia sama dengan konsep beriman. Kau tak boleh cakap
kau ni beriman selagi mana kau tak diuji. Ujian itulah tanda aras tahap
keimanan seseorang." Ujar aku sebelum diam seketika.
Dalam
diam itu, aku tak putus-putus memohon agar Allah pandu kata-kata aku. Setakat
ini aku berhujah guna ilmu yang aku belajar. Ilmu yang aku tahu. Namun, tetap dalam diri
ada rasa bimbang dan takut andai aku tersalah beri hujah dan akhirnya bakal
menimbulkan lebih banyak lagi kekeliruan.. Ya Allah, bantu aku...
Suasana
kembali sepi. Aku diam dan dia pun turut sama membisu tanpa beri apa-apa
respon. Tapi aku dapat lihat wajahnya. Wajah yang masih belum berpuas hati
dengan kata-kata aku tadi.
"Mungkin
kau kena renungkan kembali atas alasan apa kau nak berubah?" Aku bersuara kembali.
"Mestilah
aku nak berubah kerana Allah. Siapa yang nak terus dalam kejahatan. Hati tak
tenang. Jiwa rasa kacau." Dia melonjakkan sedikit suaranya. Dari nada suara, dengar sedikit tidak puas hati.
Aku tarik senyum panjang. Tangan terus bergerak memaut bahunya.
"Nah,
bila kata kau berubah kerana Allah. Kau kenalah tahan sedikit bila diuji. Kau
pun tahu kan ujian tu datang dari Allah. Ujian yang Allah beri tu tak lain tak
bukan tujuannya untuk pastikan betul ke kau berubah kerana Dia. Kalau kau mampu
bertahan, terbukti kau betul-betul berubah kerana Dia. Kau betul-betul nak
jadi hamba yang taat dan turuti perintah Dia. Jalani hidup sebagai seorang
muslim sejati.
Dia
yang tadinya duduk sambil memeluk lutut menukarkan posisi. Duduk dalam keadaan
bersila. Tangannya memetik-metik rumput kering seterusnya di campak ke hadapan.
Telinga terus terpasang mendengar kata-kata aku.
"Tapi
bila kau tak tahan. Bila diuji sikit je kau dah tak kuat dan pilih untuk
padamkan saja hasrat untuk berubah... kau kena check balik niat sebenar kau
berubah."
Aku
berhenti seketika mengeimbangi peraliran keluar masuk oksigen dalam badan.
"Bila
kau pilih nak berubah, soal dipinggirkan atau lebih teruk lagi dicaci, dikeji,
dikutuk... memang kau tak mampu lari. Semua tu kau kena hadap. Aku cakap ni
bukan nak takutkan kau sebaliknya aku nak kau tahu hakikatnya. Tapi kau kena
percaya, bila kau pilih untuk berubah, kau takkan rugi."
Aku
meneruskan kembali penghujahan. Syukur, dia dah berubah sedikit dari sebelum
ini. Kali ini, dia lebih memilih untuk diam mendengar berbanding meningkah dan
menepis hujah aku.
"Bila
orang pinggir, caci, kutuk atau hina kau, apa yang perlu kau buat, kau perlu
banyak bersabar. Kau tak dapat lari dari rasa sakit hati dan sedih."
Aku leraikan pautan tangan di bahunya. Memberi ruang untuk badannya bergerak
bebas.
"Untuk
bersabar pun satu hal... Aku tak rasa aku mampu." Ujarnya sambil tundukkan
wajah.
Aku
menghela nafas sebelum menghembus keluar.
"Itu
masalah kau sebenarnya. Kau terlalu banyak fikir dan bayangkan sesuatu dari
sudut negatif. Sebab tu kau takut mencuba. Kau pun tak yakin pada diri kau. Kau
mudah hukum diri sendiri. Kau mudah cakap kau tak mampu sedangkan kau tak cuba
lagi buat benda tu." Aku cuba kawal emosi. Lontarkan kata-kata dengan
nada memujuk namun penuh ketegasan.
"Sifat
sabar tu bukannya wujud dengan sendiri. Kau perlu pupuk. Lebih tepat lagi, kau
perlu paksa diri kau bersabar. Bila kau rasa nak marah bila diperlakukan
begitu, kau kena tahan kemarahan tu. Ya aku tak nafi semua tu bukan mudah. Tapi
ia tak mustahil berlaku bila kau cuba dan terus cuba. InshaAllah, Allah ada
untuk bantu kau." Aku cuba bangkitkan semangatnya.
"Lagi
satu, kenapa kau perlu takut kehilangan kawan-kawan kau bila kau pilih berubah
kerana Allah? Bila kau berubah kerana Dia, inshaAllah, Dia akan gantikan kau
dengan kawan-kawan yang lebih baik dari sebelum ni. Mereka pun sama seperti
kau. Sama-sama nak berubah. Sama-sama nak cari Allah."
Dia
terus membatu diri. Bimbang pula aku dibuatnya. Bimbang takut dia terasa dengan
kata-kata aku. Dan bimbang juga nasihatku dipandang sepi. Tapi bila fikir
balik, terpulanglah pada dia. Sekarang tugas sebagai sahabat, aku dah
laksana. Aku dah nasihat. Terpulang pada dia untuk menilai sendiri.
"Em,
nantilah aku fikirkan kembali tentang ni."
Aku
mengeluh rendah. Akur pada keputusannya. Aku tak mahu lagi memaksa. Tapi aku
puas sebab aku dah berjaya luah segalanya yang terbuku di hati.
"Hmm.
Okay. Tapi kau kena ingat. Sekali Allah beri kesedaran pada hati untuk berubah,
teruslah berubah. Tak usah tangguh-tangguh lagi. Peluang hanya datang sekali."
"Bila kita tangguh atau kita abaikan untuk terus berubah, kemungkinan Allah akan
tarik balik rasa untuk berubah tu. Dan yang rugi adalah diri kita sendiri. Bila
Allah pilih kita, kita pula dengan sombong tolak nikmat Dia. Bukan ke kita
sengaja jadi hamba yang rugi?"
Nasihat terakhir aku untuk dia sebelum dia
bangkit sesudah memcuit hidung aku sambil berkata ‘jom balik’. Dia terus berlalu meninggalkan aku yang
terkocoh-kocoh mengejarnya dari belakang.
‘Ya Allah, bantu dia untuk berubah. Pandu dia untuk
kembali pada-Mu.’
MACHANG, KEL
3 SEPT 2017
3.38 AM