Nukilan: Hidayatun Nadhirah
Setelah berminggu lamanya dia tak jejak kaki
ke surau, malam tu Allah detikkan hatinya untuk melangkah ke sana. Namun
sebenarnya, masih ada rasa malas untuk turun dalam dirinya pada waktu tu atas
beberapa alasan yang tidak kukuh.
‘Satgi kalau turun, nanti ada apa-apa program
kat surau… tak boleh nak lari. Maybe pukul 10 malam aku boleh balik ke bilik.
Kerja banyak. Assignment banyak tak siap lagi. Due date dah nak dekat. Tak
sempat nak siapkan nanti…’ – bisik hatinya.
‘So tak payah pergi laa…’ – satu bisikan lain
pula menyapa hati.
‘Mana boleh. Kau dah lama tak turun solat
berjemaah.’ – sisa iman dalam hati menegah.
Dia buntu seketika. Betullah apa yang selalu
diperkatakan, nak buat benda baik ni macam-macam halangan dan alasan yang akan
muncul menghalang seseorang melakukannya. Tapi bila nak buat benda yang tak
berapa baik, uish laju je
pergerakkan. Seakan smooth gitu.
‘Pergi saja.
Kerja tu nanti boleh buat juga. Mana tahu bila kau turun solat berjemaah, balik
nanti kerja kau jadi mudah sebabnya Allah tolong dengan mempermudahkan
segalanya.’
Dia mengangguk kecil. Pujukan itu berkesan
melenturkan hatinya dan dia memilih untuk turun ke surau malam itu.
Di surau, dia solat berjemaah dengan beberapa
penghuni kolej kediaman yang lain. Di kolej kediaman 1 USIM, kesemua
penghuninya terdiri daripada mahasiswi-mahasiswi tahun 1. Ada saja pelajar
tahun lain namun jumlahnya tidak terlalu ramai. Hanya minoriti sahaja. Secara
umumnya, kolej kediaman ini dikhususkan untuk pelajar perempuan.
Malam tu, tak sampai sepuluh orang pun yang
ada waktu solat maghrib. Kebanyakkan penghuni kolej kediaman yang lain lebih suka solat di bilik berjemaah
dengan roommate masing-masing.
Perhaps... Fikirnya.
Usai solat dan berdoa, dia menjarakkan diri
dari jemaah yang lain. Duduk di satu sudut yang sedikit terpencil sambil
menyandarkan badan pada dinding konkrik bangunan. Sedap senggoti. Nyaman pula tu. Aircond yang terpasang pada suhu yang entah mencecah ke berapa
dapat dirasai menyentuh lembut jasadnya yang ditutupi kain sembahyang.
Sedang asyik dia mengitari pandangan melihat
suasana surau itu, tiba-tiba pintu di sebelah tangga muslimin dibuka perlahan.
Dua orang muslimin muncul di balik daun pintu
itu. Salah seorang seorang dari mereka terlihat seperti berusia lingkungan
30-an manakala seorang lagi dalam lingkungan 20-an. Seorang ustaz dan pelajar
kot. Dia mengagak.
Terlihat sahaja 2 muslimin itu, terus kaki
yang tadinya terlunjur ke depan ditarik pantas. Serentak dengan itu, badan
bertukar posisi. Kini dia duduk dalam keadaan bersila.
Nak dijadikan cerita, apa yang difikirkannya
benar-benar berlaku. Malam tu memang ada program di surau tu. Program ceramah
mengupas tentang sebuah kitab iaitu kitab Rasail Nur karya Badi’uzzaman Syeikh
Said Nursi.
Sama ada nak atau tidak, dia terpaksa kekal
berada di situ juga. Dah alang-alang duduk, baik terus duduk je. Nak bangun, seganlah pula.
“Takpelah.
Dengar jelah. Mana tahu dari ceramah ni, ada sesuatu yang kau dapat. Mungkin
ada sesuatu yang Allah nak tegur. Lagipun, kau dah lama tak join
program-program macam ni. Mungkin dari ceramah ni juga, masalah yang kau hadapi
sekarang boleh settle?”
– sisa iman dalam hati memainkan peranan ketika hatinya sedang
terumbang-ambing.
Dia terpujuk.
----
“Saya nak betulkan sikit tentang tajuk talk
kita malam ni. Sebenarnya bukan hikayat sebaliknya hakikat iman melalui jalan
tafakur.” Penceramah itu membetulkan
tajuk ceramah malam itu.
Ketika ini, ceramah sudah berlangsung sekitar
30 minit. Ruangan surau KK1 sudah mula dipenuhi jemaah yang terdiri dari
pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
“Dalam kitab ni, penulis mengupas tentang
beberapa soalan penting yang sering dikemukakan oleh setiap manusia. Semua ini
disebabkan manusia mempunyai akal. Mempunyai akal fikiran merupakan fitrah
manusia.”
“Manusia sering kali mempersoalkan, dari mana
mereka datang? Untuk apa mereka dihantar ke dunia? dan ke mana mereka akan
pergi selepas kehidupan di bumi?”
Dia mencatat satu persatu-satu point penting yang disampaikan oleh
penceramah tersebut di dalam buku notanya.
Macam tahu-tahu je malam ni ada ceramah. Siap bawa buku nota sekali.
Bukanlah !
Buku nota itu memang akan selalu dibawanya
ke mana-mana. Baginya, menulis merupakan salah satu terapi untuk menghilangkan
tekanan yang dihadapi. Tulis apa sahaja yang sedang bermain di fikiran, yang
terlintas di hati, yang terlihat di mata dan yang terdengar menerusi telinga.
Lepas je tulis, semangat yang awalnya jatuh seakan terbangun kembali. Dia jadi
lebih bersemangat untuk teruskan hidupnya.
Tambahan pula, dia punya angan-angan untuk menjadi
penulis dan dia rasa cara yang dia buat sekarang merupakan salah satu langkah
untuk persiapkan diri untuk jadi penulis suatu masa akan datang. Cewah. Hah! begitu kisah dibalik buku nota tu. 😁
“Uslub yang ditulis oleh Syeikh Said Nursi
sangat berbeza. Namun, ia sesuai dengan keadaan semasa. Karyanya sebuah karya
kontemperari.”
Ceramah diteruskan dan berhenti tepat pada
pukul 10 malam.
Benar, dari ceramah itu dia dapat sesuatu yang
berharga. Persoalan tentang masalah yang dihadapi sejak kebelakangan ini terjawab dengan
jelas.
“… tujuan kita diutuskan ke dunia ini adalah
untuk beribadah kepada-Nya. Bila kita fahami betul-betul konsep ni, InshaAllah hidup kita akan terarah. Perjalanan
kita merentasi kehidupan ini akan terpandu. Bertemu dengan Allah menjadi
matlamat pada mereka yang betul-betul memahami konsep ini. Sebuah matlamat yang
ingin dikecapi pada pengakhiran hidup di dunia ini.”
Dia sedar akan satu perkara. Masalah yang
dihadapinya sejak kebelakangan ini sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri. Ketika
mana dia mula menjarakkan diri dari pencipta, masalah itu seakan datang dan
terus datang. Masalah itu jadi lebih parah bilamana ia tidak berjaya diselesai.
Masalah apa yang dia hadapi? Biarlah ia menjadi rahsia dia dengan penciptanya.
Ok, End. 😄
KK1, USIM
29 Mei 2017
7.56 AM