“Kau ni peliklah. Rupa dah ada tapi still
nak single. Kat luar sana ramai
budak perempuan yang gilakan kau. Takkan satu pun kau tak berkenan.”
”Come on laa… Hariz. Ni bukan
zaman sekolah yang ada larangan untuk bercinta. Kau sekarang kat universiti. Kau
boleh buat apa yang kau suka. Kau kena open-minded
sikit. Kau tak boleh macam dulu. Dunia dah berubah, kau pun kena berubah juga.”
“Tak payah, syadid sangatlah
Hariz. Tak pasal-pasal sampai ke tua kau membujang.”
Dia hanya
sekadar tersenyum. Malas nak melayan dan membalas kata-kata teman-temannya. Dia
terbiasa.Hal percintaan sering menjadi topik perbualan mereka. Mungkin
disebabkan usia mereka yang kian berganjak dewasa dan suasana persekitaran yang
kini bebas untuk melakukan apa sahaja menjadi antara faktornya.
Walau bagaimanapun, dia bukan
tergolong daripada mereka. Buat ketika ini dia tidak mahu memusingkan kepala memikirkan
perkara itu lagi. Baginya perkara yang belum tiba masanya tidak perlu
difikirkan lagi. Cukuplah dia kejar apa yang patut dia capai terlebih dahulu.
Bukannya dia langsung tidak punyai
perasaan untuk dicintaI dan mencintaI. Semua itu adalah fitrah manusia. Jauh di
sudut hatinya, ada keinginan untuk merasai apa yang mereka rasai kini namun baginya
ia masih terlalu awal.
Berkaitan
cinta, dia ada pendiriannya sendiri. Dia tidak kisah sekiranya dia dianggap
kolot, kampungan ataupun syadid. Asal
dirinya bahagia dan hatinya tenang.
Buat ketika ini …
Dia tak nak hatinya tercemar.
Dia tak nak hatinya terlalai dan
terleka.
Dia tak nak hatinya buta.
Dia tak nak hatinya mati.
Dia tak nak hatinya mati.
Hanya disebabkan oleh permainan cinta yang bersifat
sementara.
Saat teman-temannya memilih untuk
bercinta. Dia pula memilih untuk bersabar.
Bersabar sehingga tiba waktunya untuk dia merasai cinta yang benar-benar
halal baginya.
Terkadang dia terkilan melihat ada
antara sahabat-sahabatnya yang suatu ketika dahulu turut menjalani proses tarbiah bersamanya ketika di alam
persekolahan namun setelah menjejak kaki ke alam universiti, mereka hanyut
dengan cinta. Mereka tertipu dengan cinta sehingga sangguh membiarkan diri terjun
ke lembah maksiat.
Sedih apabila mengenangkan
perubahan yang berlaku kepada mereka. Inilah yang dikatakan kejutan
budaya.
Sebagai seorang sahabat, dia hanya
mampu menasihati apa yang perlu dan sekiranya itu masih belum mampu membuka
hati mereka maka dia hanya mampu berdoa. Siapa ingin melihat sahabatnya yang
lain terus terbelenggu dan tertipu hanya kerana cinta.
Itu tidak dikira lagi dengan
teman-teman yang baru dikenali. Yang tidak pernah mengenali dan mengikuti
proses tarbiah.
Bagi mereka, mereka sudah terbiasa
bercinta sejak di awal usia remaja lagi. Mereka menganggap cinta yang mereka
semai itu tulus dan suci. Namun jelas ia bertentangan dengan apa yang diajar
dan diterapkan dalam islam. Cinta yang sebenar adalah cinta yang meletakkan
Allah mengatasi segalanya.
Saban waktu, dia melihat dan
memerhatikan tingkah laku manusia di sekelilingnya. Ada antara mereka yang
bersungguh-sungguh mengejar cinta manusia sehingga lupa mengejar cinta Sang
Pencipta. Ada yang terleka dengan cinta sehingga lupa asal usul penciptaan
mereka. Malah ada juga yang kecewa dan berduka kerana cinta sehingga sanggup
mencederakan diri sendiri.
Bermacam-macam lagi jenis manusia
yang ditemui yang begitu mengagung-agungkan cinta manusia. Dan baginya, cukuplah
belajar daripada pengalaman mereka, bukan memilih jalan yang sama untuk belajar.
Soal jodoh dan pertemuan, dia yakini
janji Allah sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW:
“Ketika ditiupkan roh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut
ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya
di akhirat”.
Maka buat ketika ini dia merasakan tidak
salah baginya menolak untuk tidak memikirkan lagi soal tersebut. Bukan mengabaikan
tetapi lebih kepada menangguhkannya buat seketika waktu.
Bila tiba waktunya akan dia
usahakan sebaik mungkin untuk meraihnya.
Bila tiba waktunya akan dia
buktikan hikmah sebuah kesabaran.
Bila tiba waktunya akan dia tunjukkan
keindahan cinta apabila Allah menjadi tujuannya.
-HN-