Hari ini engkau menangis kerana perihnya ujian yang menimpa.Namun Jika dilihat pada ukuran ujian yang engkau tanggung,ianya tidaklah
seberat ujian yang menimpa para Anbia suatu ketika dahulu.Malangnya, engkau
menangis sehingga engkau lupa hikmah sebuah ujian.Pastinya engkau mengetahui,
bahawasanya ujian itu adalah lumrah kehidupan manusia.Datangnya sebagai
pengukur iman seorang hamba, sama ada benar atau tidak kamu beriman.Tetapi
malangnya, tidak ramai manusia menilainya sebegitu.Tatkala ujian datang
silih-berganti, engkau hilang arah, hilang pedoman.Kenapa harus begitu?
Bukankah sepatutnya, engkau kembali kepada-Nya, kembali kepada fitrah?
Renungkan Firman Allah SWT dalam kalam-Nya :
" Adakah, patut kamu menyangka bahawa kamu masuk
syurga, padahal belum sampai kapada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu; mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya : Bilakan (datangnya) pertolongan Allah ?
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada ugama Allah) -Al-Baqarah : 214)
#percayalahDuhaiTemanKuUjianItuHanyaSementara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan