Kembali melewati relung waktu...
Rasa macam berada dalam mimpi, rasa macam semalam je habis last paper untuk SPM 2013.
Pantas benar masa berlalu, kini aku sudah bergelar mahasiswi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA).
Cewah, klass bunyinya..haha
Jika diikutkan, langsung tak terlintas pun untuk memasuki universiti ni walaupun pada hakikatnya universiti ni tersenarai dalam pilihan-pilihan UPU aku.
Bila dapat tahu je keputusan UPU... terasa luluh sedikit hati tika itu sebab pilihan pertama yang aku minta tak dapat. Mungkin bukan rezekiku. Aku kuatkan diri untuk pasrah menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Kata sahabatku,
"Bersyukurlah walau di mana pun Allah tempatkan kamu kerana itulah tempat yang terbaik bagimu."
Sampai kini aku pegang kata-kata ini. Ia buat aku sedar bahawa takdirku di UNiSZA...
Walaupun tak dapat pilihan pertama, pilihan kedua masih dapat memenuhi keinginan dan matlamatku untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan.
Aku mulakan langkah, masuk ke dunia baru bagi meneruskan langkah yang aku ciptakan dulu.
Dunia baru...
Selesai saja mendaftar diri, aku perlu mengikuti minggu orentasi..
Fuhh, minggu yang sungguh memenatkan sebab ini adalah kali pertama aku masuk minggu orentasi. Dulu, semasa kat sekolah menengah aku tak berkesempatan untuk mengikuti minggu orentasi.
Memandangkan ini yang pertama kali, kelam-kabut juga aku waktu itu. Mujurlah ada rakan satu sekolah dan satu kelas denganku yang setia menemaniku..
Terima kasih Anis Fitriyyah & Asilah Izzati kerana sudi menemani saya di sini.. ^_^
Kini, aku dah memasuki Semester ke-3 pengajian di sini. Dah terlalu banyak peristiwa yang aku alami di sini, begitu juga pengalaman yang dah aku lalui Daripada semua itu, ianya banyak mendewasakan dan mematangkan aku.
Dan kini, aku sedar akan kebenaran bahawa ke mana saja kita di tempatkan, itulah yang terbaik untuk diri kita.
Sedikit nasihat , suka aku titipkan buat adik-adik yang bakal bergelar Mahasiswa/i
Bagi adik-adik yang dah dapat tahu, IPT mana yang kalian dapat... sama ada yang kalian nak pergi ataupun tidak. bersyukurlah...sebab kalian sebenarnya adalah manusia yang terpilih untuk menyambung pelajaran ke menara gading.
Cuba lihat di sekeliling kalian, masih ramai yang berebut-rebut nak memasuki menara gading namun mereka tidak mempunyai peluang.. berbeza dengan kalian yang dah ada peluang yang dah ada depan mata.
Namun, jika kalian masih tidak bersyukur dengan rezeki yang dah ada depan mata ni. Kalian mungkin tergolong dalam kalangan manusia yang rugi mempersia-siakan peluang yang ada.
Ingat, peluang mungkin hanya datang sekali dalam hidup kita.
Renung-renungkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan