pages

Tinta Buatmu


Sahabat,
dulu hidupku dilingkari
dengan kejahilan,
diriku bagaikan dilumuri kotornya dosa,

namun setelah hadirnya
engkau dalam hidupku, aku dapat rasakan
seakan-akan ada sinar
yang muncul menyuluh laluanku memanduku
kearah kebenaran.

Engkau pernah mengingatku,
bukan dirimu yang mengubahku sebaliknya
Allah Yang Kuasa melakukannya.
hadirnya engkau hanyalah perantara
antara aku dengan-Nya.

Ya aku akuinya,
Memang benar katamu
‘Mana mungkin manusia
Mampu menyalurkan hidayah kepada
Manusia yang lain,
Sedangkan Rasulullah jua tidak berupaya
Memberi hidayah kepada Bapa Saudaranya,
Inikan pula diri kita hamba yang kerdil.’

Sahabat,
Teringat akan pesanmu,
Pohon hidayah pada yang sepatutnya
Iaitu Allah, Tuhan Yang Esa.

Katamu bila hidayah dari-Nya datang,
Bagaikan Allah ada dekat dalam jiwa,
tenang diri ketika itu,
tiada lagi kesunyian menyalupi diri
hidup tidak lagi dianggap sepi.

Benar sahabat,
Tatkala Hidayah menyapaku,
Sungguh indah dan syahdu waktu itu,
Aku rebah di hamparan sujud,
Tangisan menemaniku.
Tangisku kerana syukur,
Syukur kerana permintaanku didengari
dan akhirnya diterima-Nya.

Sahabat,
Sungguh aku manusia bertuah
Dikurniakan engkau dari Allah
Pendamping dan penemanku
Dalam kembaraku mengapai cinta yang Satu,
Kembali ke pangkuan-Nya
Bersemadi di alam sana kekal abadi,

Sahabat
Sehingga kini aku pegang lafaz ikrar
Persahabatan kita.
‘Bersahabat unti Jannah’
Setiap waktu kupohon dari-Nya
Agar lafaz itu kekal segar dalam ingatan,
Tak hilang dek dimamah usia.


Sahabat
Ketahuilah dirimu aku akan aku kenang
Sampai bila-bila.

Aku sayang kamu kerana Allah


by : hidaynadhir
(Jumaat, 1 Mei 2015, 12 pm)

#JMCMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan