pages

Indahnya Pengalaman

Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah baru-baru ni aku  ada mengikuti satu perkhemahan Badan Beruniform bawah Persatuan Pandu Puteri Siswi Unisza. Perkhemahan pertama sejak bermukim di bumi Unisza ni.

Pada tarikh yang sama, kelab kos aku, kelab KMP ada juga mengadakan lawatan ke Bank Negara. Disebabkan kedua-keduanya jatuh pada tarikh yang sama maka terpaksalah memilih salah satu daripadanya.

Memandangkan perkhemahan ini penting dan markah akan diambil, nak tak nak terpaksa aku relakan jua... join perkhemahan ni.

Berat rasanya melepaskan peluang melawat Bank Negara. Namun apakan daya, keterbatasanku itu menidakkan segalanya. Nak dibelah jasad ni, aku tak berdaya melakukannya, jadi pasrah adalah jalannya...huhu

Mula-mula punyalah frust.. tapi bila fikirkan balik, mungkin ada hikmah Allah tak izinkan aku join lawatan itu. Seperti dalam Firman Allah S.W.T :



وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


So, aku positifkan kembali mindaku dan fikiranku.

Alhamdulillah, bila dah join perkhemahan ni... aku dapat rasakan kenikmatannya. Aktiviti yang dijalankan pun semunya berjaya menarik minatku hinggakan ia aku dah lupa dah berkaitan lawatan ke Bank Negara...haha..hebat

Bila sampai je kat tapak perkhemahan, perkara pertama yang perlu kami lakukan. Dirikan khemah. Punyalah lama nak bagi khemah tu berdiri ... maklum pertama kali.


Pada waktu petang, kami berkayak... aktiviti yang pada mulanya aku taknak main, tapi bila fikir balik... rugi pula lepaskan peluang ni. Dah lah benda ni aku tak pernah main, jadi apa lagi tersu terjun ke tasik buat sedikit latihan pernafasan sebelum berkayak.


Satu peristiwa yang tak boleh aku lupakan semasa buat latihan, bila mana aku dan rakan aku ditarik Sarjen ke tengah tasik.

Allah saja yang tahu perasaan kami masa tu. Ya Allah, nasib baik ada baju keselamatan tu. Kalau tak memang dah lama dah nyawa terlerai dari jasad.

Tapi bukan salah Sarjen pun, dia buat macam tu pun sebab salah kami. Pandai sangat nak lumba berenang...jadi terimalah akibatnya. Bila fikir balik kelakar pula peristiwa tu.

Mengakui kesilapan sendiri lebih baik daripada terus menyombong diri mengakui kesalahan yang dilakukan.

Mungkin setakat ni cerita berkaitan perkhemahan yang aku sertai. Kalau nak diceritakan semua memang tak habis. Yang penting daripada perkhemahan ni banyak pengalaman aku peroleh dan pengalaman itu sungguh berharga bagi aku.

Pengalaman. Kadang-kala boleh menjadi sesuatu yang sangat mengembirakan dan membahagiakan. Malah ianya juga boleh menjadi sesuatu yang sangat menyedihkan menyeksakan dan menakutkan. Namun pada hakikatnya pengalaman itulah yang banyak mendidik & mendewasakan seseorang.

sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan