pages

Siapa Sahabat Saya ?



“Sahabat Until Jannah”
“Best Friend Forever”
“Sahabat Sejati”

Itulah antara gelaran yang seringkali kita dengar yang digunakan kepada mereka yang rapat dan akrab dengan kita.

Sahabat ?
Sahabat adalah mereka yang sentiasa berada di samping kita ketika mana kita susah dan kita senang.

Mencari sahabat bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Sebagaimana pesanan Al-Aqamah al-‘Utharidi kepada anaknya berkaitan dengan panduan dalam memilih sahabat. Antaranya yang digaris oleh beliau ialah :

1)      Jika engkau memita sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2)      Jika ada mendapatkan sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3)      Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4)      Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sekiranya, ketika ini anda punyai teman yang miliki sifat-sifat yang terdapat dalam pesanan Al-Aqamah al-‘Utharidi,  maka beruntunglah anda.

Jika anda belum menemui seseorang yang punyai ciri-ciri tersebut, tak mengapalah.

Namun rasanya tak salah sekiranya anda sendiri yang mempraktikkannya. Kerana itu lebih baik daripada anda terus menanti akan hadirnya seseorang yang mampu melengkapi ciri tersebut.

Bila anda dah mempraktikkannya barulah nampak adil kepada si dia. Takde lah nampak macam mereka sahaja yang cuba memperbaiki diri untuk anda.

Bila anda juga turut serta memperbaiki diri barulah semua dapat melengkapi antara satu sama lain dan ianya mampu memperkukuhkan lagi jalinan persahabatan yang dibina.


Kata orang, mencari sepuluh sahabat lebih mudah dan senang berbanding mencari seorang sahabat. Namun, seorang sahabat itulah yang sangat berharga dan bermakna kepada kita.

Dulu, terfikir juga akan kata-kata ini. Pada mulanya, masih lagi kabur akan kebenarannya namun setelah diri sendiri berhadapan dengan situasi ini barulah jelas hikmat di sebalik kata-kata itu.

Ya memang benar, nak cari seorang sahabat lagi susah berbanding mencari sepuluh kawan. Sebab sepuluh kawan memang mudah untuk kita cari tambah-tambah bila kita senang tapi bila kita susah bayang pun belum tentu kita nampak.
Lain dengan seorang sahabat, bila dah dapat…sampai bila-bila dia ada di samping kita menghadapi setiap situasi duka, sedih lagi-lagi gembira. (Insha-Allah)


Dalam mencari dan bersahabat, kita perlu berhati-hati kerana siapa kita dilihat dengan siapa kita berteman.

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka seorang daripada kalangan kamu hendaklah memerhatikan dengan siapa dia berkawan.”


Maka pilihlah mereka yang benar-benar layak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan