pages

Moga Indah Dari Semalam


Tup..tup..tup.

Jam dinding berdetik. Tepat pukul 12 malam. Maka bermulalah lembaran baru. Telefon Lenovo A516 dicapai. Angka 5 telah bertukar menjadi 6.

'1 Januari 2016.'

Dalam hati. Tak ada yang berubah. Perasaan tetap sama sahaja. Tak ada langsung yang mengusik jiwa ini. Sudah biasa.

Tahun ini, dah masuk dua tahun, diri ini menyambut tahun baru di perantauan. Sedih. Sejak bergelar mahasiswi, rasa keterujaan untuk menyambut tahun semakin lama semakin hilang. Tapi tak adalah sampai tak ada feeling langsung. Tetap ada, cuma tidak seteruja dulu, waktu zaman hingusan.

Tahun baru. Fuhh.

Bila bercakap tentang tahun baru, pasti tidak lekang dari bibir manusia berkaitan 'azam baru'. Ya, sudah menjadi kepastian. Bila sebut sahaja ungkapan 'Baru' mestilah semua kena baru, kan?

Tanyalah pada sesiapa sahaja, boleh dikatakan 'Pasti' ada sesuatu yang baru yang nak dibuatnya yang mana berbeza dari tahun-tahun lalu.

Contoh, budak malas (diri ini kot) tiba-tiba nak lesskan sikit virus malas dalam diri. Dengan semangat keazaman dan keiltizaman yang tinggi, dia semaikan kata-kata pendorong dalam jiwanya.

"Tahun ini aku nak rajin sikit dari tahun lepas.
Sikit jelah. Tahun depan tambah sikit lagi. Haha."


Hmm. Lebih kurang macam tulah. Maka dengan itu secara automatiknya, dia ada azam baru.

Hah, boleh dikatakanlah bahawasanya... tetap akan terdetik dalam hati seseorang nak buat sesuatu yang baru atau dalam erti kata lain, ada azam baru. Walaupun ianya sekecil-kecil pencapaian.

'Apa azam baru kau?' -Soal hati.

Diam. Sengih.

Semestinya dalam diri ini ada azam barunya. Bukan ke sebelum ini, sudah diberitahu, 'Pasti' akan ada walaupun ianya hanyalah lintasan hati. Tipulah sekiranya diri ini tidak punya azam baru. Sama seperti manusia lain, sama seperti kalian. Keinginan untuk melakukan dan mencapai sesuatu yang baru tetap tersemai dalam diri seiring dengan pertukaran waktu.

Namun, adakalanya kegusaran menjengah tiba-tiba dalam hati. Buat diri tertanya-tanya sendiri. Berkira-kira semula.

                                Adakah azam lalu telah terlangsai semuanya?
                                
                              Adakah telah tercapai semuanya?

                              Adakah ianya telah terlaksana dengan jayanya?


Terdiam. Yang termampu dilakukan tika ini hanyalah sekadar membiarkan persoalan itu terus berstatus tanda tanya kerana yang pasti pada hati itu juga ada jawapannya.

Masa terus berjalan. Tidak pernah terhenti melainkan sekiranya ada seruan yang memerintahkannya untuk berhenti. Namun, ianya bukanlah perintah dari seorang hamba tetapi perintah itu datangnya dari Al-Malik.

Disebabkan masa terus berlalu, maka seiring dengan itu kehidupan ini juga perlu diteruskan.

                    'Lupakan segala yang mengusarkan itu, teruskan langkah ini.
                     Pasakkan dalam jiwa, " Moga Indah Dari Semalam.' - Pujuk satu suara.

Pejamkan mata. Depakan tangan.

                                                'Ya, Moga Indah Dari Semalam'

                                                            ---------------------------

                    "Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.
                    Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal."

                                                        -Suran Al-Imran, 3:159-


1 Jan 2016
11.00pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan