pages

Jangan Terus Dilukai


“Kenapa kau dah banyak berubah. Dulu tak adalah sensitif sangat. Sekarang ni… tak boleh silap sikit. Terus melenting.”

Diam. Angkat kening. Senyum. Terus berlalu.

Awak !

Sudah namanya manusia, masih ada perasaan, masih ada hati. Memanglah dulu telinganya mampu bertahan mendengar setiap kata-kata berapi yang keluar dari mulut awak yang tidak bertapis itu, sebab mungkin awal-awal dia sudah pesan pada hatinya.

“Tak mengapa, aku kena faham dirinya.”

Tapi bila dah terlalu lama dilayan sebegitu, awak rasa mereka boleh tahan? Mungkin ada yang mampu untuk terus bertahan namun jumlahnya hanya sedikit.

Awak kena tahu, kebanyakkan manusia sabarnya ada limit. Sekiranya awak terus-terusan buat dunia ini seperti awak sahaja yang punya, nak orang ikut apa yang awak buat dan suka, memang jawabnya akan ada yang mula menjauhi awak.

Sekiranya awak masih nak terus pekakkan telinga. Tak nak kisah apa yang saya beritahu ni. Terpulang. Namun hakikatnya memang begitu. Itu apa yang saya lihat dan nilai dalam kehidupan yang sebenar. Ini realiti !

Sebabkan saya sayang awak. Kalau boleh saya tak nak awak tergolong dalam kelangan orang sebegitu.

Awak… adakalanya kita perlu juga memahami bukan sekadar nak difahami. Sebab setiap manusia punyai sifat yang berbeza.

Hidup ini kan... ibarat berada dalam sebuah pengembaraan, so dalam pengembaraan itu pasti kita akan berhenti di beberapa persinggahan. Masa itu kita akan jumpa manusia yang berbeza di setiap persinggahan itu.

Kita tidak boleh samakan mereka antara satu sama lain. Sebab mereka tidak akan sama sekali sama. Menerima seadanya, itu yang sepatutnya kita lakukan dan ia juga adalah yang terbaik bagi kita.



#Renungan untuk kita bersama.

Awak ! ingat tau... Saya Sayang Awak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan