pages

A Meaningful Life



Bila bercakap tentang kehidupan, setiap orang nak hidup yang menyeronokan. Penuh dengan kebahagiaan. Penuh dengan perkara yang mengujakan. Hari-hari dipenuhi dengan perkara baru. Tidak terlalu terikat pada sesuatu yang rutin.

Kalau tanya pada sesiapa pun, pasti mereka nak kehidupan seperti tu. Tak ada manusia yang nak diri mereka terperangkap dalam kehidupan yang membosankan. Jalani hidup sama seperti hari-hari sebelumnya. Ah, bosannya hidup!

Bagi aku sendiri, aku nak hidup yang penuh dengan keterujaan. Setiap hari, kalau boleh aku nak buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang menyeronokan. Sesuatu yang buat aku rasa… hidup aku jadi lebih bermakna.

Sebenarnya bukan susah untuk dapatkan kehidupan macam tu. Setiap orang layak miliki sebuah kehidupan sebagaimana yang dia inginkan. Mereka berhak untuk corak hidup mereka seperti apa yang mereka mahukan.

Untuk dapatkan sebuah kehidupan yang mengujakan, penuh dengan keseronokan dan rasa hidup dalam kehidupan kita sendiri. Apa yang perlu kita lakukan ialah jangan peduli apa yang orang fikir tentang kita.

Lakukan apa yang diri kita inginkan. Jangan pernah halang keinginan kita sebab takut pada tanggapan orang. Jangan corak hidup kita seperti apa yang orang mahukan. Teruskan hidup dengan cara kita. Jangan biarkan mereka tentukan apa yang kita perlu buat dalam hidup kita.

Ya, aku tahu bukan mudah untuk abaikan tanggapan orang terhadap kita. Sebab ia memerlukan kekentalan jiwa yang kuat. Andai kita tak kuat, kita akan kecundangan. Akhirnya, diri kita juga yang sakit. Nak dapatkan jiwa yang kuat pun satu hal. Tapi kena ingat, ia tak mustahil untuk kita dapat. Asasnya hanya satu iaitu PAKSA!

Paksa diri kita.
Tak paksa maka kita tak dapat apa yang kita mahukan.

Dan sejujurnya, aku pun turut sama alami perkara ni. Betul, bukan mudah nak abaikan tanggapan orang. Sampai sekarang aku masih berperang untuk abaikan semua tu. Masih lagi pujuk diri untuk tak endahkan apa yang orang cakap tentang hidup aku.

Bukan mudah weh sebab benda ni melibatkan perasaan dan hati kita sendiri. Mungkin minda kita kata, tak perlu peduli apa yang orang nak kata. Tapi hati kita kata sebaliknya. Kita kena ingat, kadang kata hati tak seiring dengan apa yang minda kita sampaikan.

Tapi aku percaya, bila kita tak paksa, sampai bila-bila kita akan tetap sama. Kita akan terus terperangkap dan terpenjara dalam situasi ni.

Jadi nak atau tak nak, untuk atasi masalah ni, kita kena juga paksa diri untuk tak pedulikan kata-kata orang. Biarlah orang nak cakap apa pun tentang kita.

Selain tu, untuk hidup yang mengujakan juga kita jangan terlalu serius.
Kenapa tak boleh serius?

Sebab, bila kita terlalu serius atau konon nak nampak serius sangat, kita dah lepaskan peluang untuk nikmati kehidupan ni.

Bukan tak boleh serius langsung, boleh. Tapi biar kena pada tempatnya. Ada masanya kita perlu serius dan ada masanya kita tak perlu pun serius sangat. Biar berpada-pada.

Aku percaya orang yang serius ni sebenarnya nak enjoy dengan kehidupan dia. Tapi mungkin sebab takut atau tak tahu cara bagaimana nak bebaskan diri dalam situasi yang serius tu, mereka akhirnya memilih untuk terus hidup macam tu. Terus tipu diri sendiri dan tipu orang sekeliling.

Apa guna jadi serius sampai orang sekeliling jadi takut untuk rapat dan dekat dengan kita. Hidup dalam keadaan terlampau serius ni sebenarnya boleh buat kita jadi makin stress. Silap hari bulan, boleh jadi despress! Kalau tak percaya, cubalah hidup dengan cara macam tu. Haha.

Ok. Aku rasa sampai sini je dulu perkongsian aku. Sebenarnya banyak lagi tips yang korang follow untuk jadikan kehidupan korang jauh lebih bermakna dari sebelumnya. Tips kat atas tu hanya secebis je dari tips-tips yang ada. Kalau korang nak tahu lebih, google je. Nanti inshaAllah korang akan jumpa apa yang korang cari.

Ok. Setakat tu dulu.

Assalamualaikum.


NADHIRAH NASIR

Aku Pun Nak Juga!



Aku tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak nak dikongsi. Sepatutnya dah lama aku menulis tapi disebabkan sikap yang suka menangguh dan juga kesilapan tetapkan waktu menulis pada ketika mood langsung tak nak menulis. At the end, segala cerita yang aku rancang nak tulis akhirnya tak tertulis.

Bukan mudah untuk konsisten menulis. Ada masanya, otak jadi tepu sampai tak dapat nak luahkan apa yang nak diluahkan. Biasa orang panggil keadaan tu, writer's block.

Dulu, aku pernah berazam nak pastikan blog ni sentiasa ada post. Tapi macam tulah... ia tak berlaku seperti apa yang dirancang. Terlalu banyak halangan dan cabaran yang wujud terutamanya datang dari diri sendiri. Rasa malas campur pula masa yang tak mencukupi, cukup untuk membantutkan segala tindakan. Bila buka blog, aku hanya mampu skrol-skrol je. Tengok komen, itu pun jika ada. Haha.

Banyak sebenarnya yang nak aku tulis. Especially tentang apa yang aku lalui dalam hidup ni. Pengalaman yang aku peroleh. Rintangan yang aku tempuh dan macam-macam lagilah.


Precious lesson

Aku nak hargai hidup aku. Dan satu cara untuk menghargai hidup aku sendiri adalah dengan menulis segala yang berlaku kepada aku sepanjang tempoh aku jalani hidup kat dunia. Aku tak kisah bila mana kisah hidup yang aku tulis tak dibaca orang lain. Apa yang penting, diri aku puas. Puas dalam menghargai diri sendiri.

Tujuan aku tulis tentang diri sendiri pun bukan untuk membanggakan diri sendiri. Ia tak lain hanya sekadar untuk buat diri dan kehidupan yang aku lalui rasa berharga. Sejujurnya, aku sendiri suka baca kisah hidup seseorang. Lagi suka bila penyampaian cerita tu diolah menggunakan teknik yang menarik. Cukup buat aku rasa kagum dan teruja untuk tahu lebih tentang kehidupan dia.


Positif!

Aku nak jadi seorang yang positif dengan melihat apa yang berlaku dalam hidup ini mempunyai hikmah tersendiri. Walau seteruk mana pun peristiwa yang dilalui, pasti ada hikmah di sebaliknya. Pasti ada pengajaran yang nak disampaikan. Hidup kita ni tak lari dari proses pembelajaran. Hari-hari kita belajar. Belajar tentang kehidupan ni. Kita membesar bersama pengalaman yang dilalui hari demi hari. Sebab tu orang cakap, setiap hari pastikan diri kita buat sesuatu yang berbeza. Jangan terikat pada benda yang sama. Jangan terikat sangat pada rutin. Break sikit dengan belajar sesuatu yang baru even benda tu sedikit.

Aku tahu, bukan mudah untuk diri jadi macam tu. Tapi ia tak mustahil kalau diri terus dididik. Didik untuk melihat sesuatu yang ditakdirkan berlaku dari sudut positif. Didik diri setiap hari belajar atau cuba sesuatu yang baru. Percayalah semua ni takkan merugikan kita. Memang awal-awal hasilnya tak nampak tapi percayalah suatu hari nanti tanpa kau sedar hasilnya yang terpamer juga.


MACHANG, KEL
8 FEB 2017
12.36 AM