pages

A Meaningful Life



Bila bercakap tentang kehidupan, setiap orang nak hidup yang menyeronokan. Penuh dengan kebahagiaan. Penuh dengan perkara yang mengujakan. Hari-hari dipenuhi dengan perkara baru. Tidak terlalu terikat pada sesuatu yang rutin.

Kalau tanya pada sesiapa pun, pasti mereka nak kehidupan seperti tu. Tak ada manusia yang nak diri mereka terperangkap dalam kehidupan yang membosankan. Jalani hidup sama seperti hari-hari sebelumnya. Ah, bosannya hidup!

Bagi aku sendiri, aku nak hidup yang penuh dengan keterujaan. Setiap hari, kalau boleh aku nak buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang menyeronokan. Sesuatu yang buat aku rasa… hidup aku jadi lebih bermakna.

Sebenarnya bukan susah untuk dapatkan kehidupan macam tu. Setiap orang layak miliki sebuah kehidupan sebagaimana yang dia inginkan. Mereka berhak untuk corak hidup mereka seperti apa yang mereka mahukan.

Untuk dapatkan sebuah kehidupan yang mengujakan, penuh dengan keseronokan dan rasa hidup dalam kehidupan kita sendiri. Apa yang perlu kita lakukan ialah jangan peduli apa yang orang fikir tentang kita.

Lakukan apa yang diri kita inginkan. Jangan pernah halang keinginan kita sebab takut pada tanggapan orang. Jangan corak hidup kita seperti apa yang orang mahukan. Teruskan hidup dengan cara kita. Jangan biarkan mereka tentukan apa yang kita perlu buat dalam hidup kita.

Ya, aku tahu bukan mudah untuk abaikan tanggapan orang terhadap kita. Sebab ia memerlukan kekentalan jiwa yang kuat. Andai kita tak kuat, kita akan kecundangan. Akhirnya, diri kita juga yang sakit. Nak dapatkan jiwa yang kuat pun satu hal. Tapi kena ingat, ia tak mustahil untuk kita dapat. Asasnya hanya satu iaitu PAKSA!

Paksa diri kita.
Tak paksa maka kita tak dapat apa yang kita mahukan.

Dan sejujurnya, aku pun turut sama alami perkara ni. Betul, bukan mudah nak abaikan tanggapan orang. Sampai sekarang aku masih berperang untuk abaikan semua tu. Masih lagi pujuk diri untuk tak endahkan apa yang orang cakap tentang hidup aku.

Bukan mudah weh sebab benda ni melibatkan perasaan dan hati kita sendiri. Mungkin minda kita kata, tak perlu peduli apa yang orang nak kata. Tapi hati kita kata sebaliknya. Kita kena ingat, kadang kata hati tak seiring dengan apa yang minda kita sampaikan.

Tapi aku percaya, bila kita tak paksa, sampai bila-bila kita akan tetap sama. Kita akan terus terperangkap dan terpenjara dalam situasi ni.

Jadi nak atau tak nak, untuk atasi masalah ni, kita kena juga paksa diri untuk tak pedulikan kata-kata orang. Biarlah orang nak cakap apa pun tentang kita.

Selain tu, untuk hidup yang mengujakan juga kita jangan terlalu serius.
Kenapa tak boleh serius?

Sebab, bila kita terlalu serius atau konon nak nampak serius sangat, kita dah lepaskan peluang untuk nikmati kehidupan ni.

Bukan tak boleh serius langsung, boleh. Tapi biar kena pada tempatnya. Ada masanya kita perlu serius dan ada masanya kita tak perlu pun serius sangat. Biar berpada-pada.

Aku percaya orang yang serius ni sebenarnya nak enjoy dengan kehidupan dia. Tapi mungkin sebab takut atau tak tahu cara bagaimana nak bebaskan diri dalam situasi yang serius tu, mereka akhirnya memilih untuk terus hidup macam tu. Terus tipu diri sendiri dan tipu orang sekeliling.

Apa guna jadi serius sampai orang sekeliling jadi takut untuk rapat dan dekat dengan kita. Hidup dalam keadaan terlampau serius ni sebenarnya boleh buat kita jadi makin stress. Silap hari bulan, boleh jadi despress! Kalau tak percaya, cubalah hidup dengan cara macam tu. Haha.

Ok. Aku rasa sampai sini je dulu perkongsian aku. Sebenarnya banyak lagi tips yang korang follow untuk jadikan kehidupan korang jauh lebih bermakna dari sebelumnya. Tips kat atas tu hanya secebis je dari tips-tips yang ada. Kalau korang nak tahu lebih, google je. Nanti inshaAllah korang akan jumpa apa yang korang cari.

Ok. Setakat tu dulu.

Assalamualaikum.


NADHIRAH NASIR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan