pages

BILA AKU TERLALU SIBUK DENGAN PERSATUAN



Pakar psikologi cakap persekitaran dan orang sekeliling kita banyak mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran kita. Dan semua tu sedikit sebanyak membentuk personaliti kita.

Ok. I admit it.
Sebab?
Aku alami semua tu. Aku dapat rasa perubahan tu pada diri aku.

***
Sebelum tu nak pesan. Terpulang pada korang kalau nak baca perkongsian ni dengan nada dan intonasi macam mana. Aku hanya mahu berkongsi. Aku tak pasti sama ada perkongsian ni beri nilai atau tak pada yang membaca.

“Semua penulis akan meninggalkan. Hanya karyanya-lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” - Ali bin Abi Thalid.

Kata-kata tulah yang selalu aku ulang sebut bila aku mula nak menulis. Aku menulis untuk bahagiakan diri sendiri. Untuk kepuasan diri sendiri. Tapi dalam masa yang sama untuk berkongsi apa yang aku tahu dan apa yang aku dapat.

Jauh di sudut hati, aku harap semua perkongsian aku bagi nilai pada korang yang sudi membaca. Boleh buka hati korang untuk melihat kehidupan ni dari sudut yang berbeza. Semestinya dari sudut yang positif dan penuh hikmah. Dan aku harap dari perkongsian ni ada ilmu baru yang korang dapat. Ilmu yang boleh dimanfaatkan.

“Jika anak adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah(wakaf), ilmu bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” - HR Muslim

Aku yakin setiap yang menulis ada impian tu. Berharap ilmu yang dikongsikan adalah ilmu yang bermanfaat. Boleh bantu dorang isi tabung amalan sebelum dan sesudah meninggal nanti.

***

Balik pada tujuan asal.

Sepanjang semester lepas, banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidup aku. Banyak pengalaman baru aku dapat. Pengalaman yang tak semua orang sanggup ambil. Pengalaman yang betul-betul menguji diri. Pengalamaan yang orang lain nampak tak ada nilai dan menyusahkan diri.

Antara pengalaman yang aku tak dapat lupakan sepanjang sem lepas, pengalaman bentang kertas kerja untuk program antarabangsa. Atau lebih popular digelar program GISO (Global Islamic Students Outreach) bagi warga USIM.

Program ni best sebab dia bagi peluang pada student jejak kaki ke negara orang. Ambil pengalaman jalani hidup dan berkomunikasi dengan orang negara lain yang semestinya lain cara bertutur dan punya adat resam yang tersendiri. Program ni lebih kepada program kesukarelawan tapi bersifat global. [klik sini untuk tahu lebih detail pasal GISO]

Boleh kata semua student USIM akan join program ni dan akan ke luar negara. Tapi ada je student yang tak join. Apa yang aku boleh cakap student tu rugi besar. Dorang dah lepaskan peluang jelajah negara orang dan bazirkan yuran antarabangsa yang dibayar setiap semester.

Yuran ni memang dah termasuk sekali dalam yuran pengajian. Nak tak nak memang kena bayar. Dan boleh claim balik dengan syarat join program ni atau program seangkatan dengannya.

Sebenarnya, ni pembentangan kedua aku depan pihak HEP USIM. Tapi bagi aku yang kali kedua ni sangat mencabar sikit. Sebabnya untuk pembentangan kertas kerja ni, kami perlu bentang dalam bahasa Inggeris. Ia sedikit mencabar sebab aku rasa macam tak boleh nak sampaikan sebaik mungkin pasal program.

Yelah, waktu nak bentang tu otak buat dua kerja. Pertama, fikir ayat terbaik nak dilontarkan. Kedua, translatekan apa yang difikirkan tu ke dalam Bahasa Inggeris. Even dah biasa bentang dalam Bahasa Inggeris waktu dalam kuliah. Aku masih rasa speaking skill aku di tahap yang rendah. Perlu improve lagi.

Waktu bentang hari tu, rasa berdebar dan takut sangat. Berdebar sebab perlu berhadapan dengan panel yang strict. Dan takut andai kata gagal dapatkan kelulusan program. Harapan team GISO bergantung pada kami bertiga sebagai wakil. Dan kalau boleh aku tak nak hampakan harapan tu. Aku nak harapan tu tercapai. Aku nak team aku dapat berita gembira yang program GISO kami lulus.

"Pemikiran mempengaruhi tindakan"

Percaya pada kata-kata tu, aku yakinkan diri. InshaAllah, Allah akan bantu. Aku hanya perlu usaha dengan cara buat preparation sebaik mungkin. Selebihnya tawakal.

Kalau lulus... Alhamdulillah.
Kalau tak lulus... pasti ada hikmah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa semua ahli. Program kami diluluskan. InshaAllah bulan 7 tahun ni, kami akan terbang ke Danau Maninjau dan Bukitting, Padang, Sumatera Barat, Indonesia untuk jalankan program tu. Doakan program kami berjalan lancar.

Gambar lepas present.
Alhamdulillah, lulus!

***
MASALAH DAN BERMASALAH!

Sepanjang semester lepas juga, terlalu banyak cabaran dan masalah yang aku kena hadap. Sampai jerawat bermaharajalela kat muka sebab terlalu stress fikir cara nak atasi masalah. Berpesta jerawat-jerawat tu tawan muka aku.

Lebih bermasalah bila aku pilih untuk selesaikan masalah tu sorang diri. Awalnya under control tapi bila terlalu banyak masalah. DNA dah tak bersambung untuk fikirkan penyelesaian. Serabut gila waktu tu. Fokus pun banyak terganggu. Nasib baik aku dikelilingi manusia yang terlalu prihatin. Dorang sudi tadah telinga dengar masalah aku. Hulur tangan bantu aku atasi semua tu.

Salah satu masalah yang betul- betul menguji diri bila mana aku dan ahli kelab terpaksa cari peserta seramai 60 orang untuk join satu program. Program ni dijalankan waktu study week. Bayangkan dua hari sebelum program, peserta tak sampai separuh pun.

Sebenarnya program ni anjuran pihak luar. Atas permintaan pihak HEP, dorang nak kami ambil peluang dan jayakan program ni. Pihak luar buat collabration dengan USIM untuk buat program ni. Bajet program dorang sediakan. Dari pihak kami hanya tenaga diperlukan. Even, tenaga je tapi semua tu betul-betul mencabar dan memenatkan.

Bukan mudah nak dapatkan peserta dalam kuantiti sebanyak tu sebab kebanyakkan student degree balik kampung waktu study week. Kalau ada pun kat kampus, belum tentu dorang nak join. Sebab waktu study weeklah student akan guna untuk pulun habis-habisan sebelum final exam.

Kalau ikut kata hati, aku pun tak nak join. Aku paling pantang orang ganggu waktu study week. Aku sanggup tak balik kampung sebab nak guna sebaik mungkin study week tu. Kalau balik kampung jawabnya tak jadi study. Mesti akan buat benda lain.

So, aku lebih prefer stay kat kolej berbanding balik kampung. Sejak dari diploma lagi aku jarang balik waktu study week. Even Terengganu yang dekat dengan Kelantan pun aku tak balik apatah lagi Negeri Sembilan yang jauh berbatu-batu dari Kelantan.

Pihak HEP betul-betul letak harapan tinggi pada kami. Dan dorang nak kami sediakan 60 orang peserta tu. Allahu. Rasa buntu. Nak tidur pun tak lena sebab bimbang tak dapat jumlah peserta seperti yang diminta.

Salah sorang housemate aku perasan aku nampak risau dan bermasalah. Dia tegur dan bertanya. Awalnya aku tak nak kongsi sebab rasa benda tu benda kecil je pun. Aku boleh settle sorang diri. Tapi sebab rasa tak tertanggung nak hadap sorang diri masalah ni. Aku pilih untuk kongsilah juga pada dia.

Bila tahu je masalah aku. Dia cakap... biasalah tu kalau program tak capai target peserta. Tenang gila dia waktu cakap pada aku. Dia tenang sebab dia berpengalaman. Tapi waktu tu mungkin sebab nampak aku macam tak boleh terima ayat dia. At the end, dia cadangkan aku minta tolong dari pelajar tahmidi (asasi).

Dia suruh aku contact presiden SPT (Sekretariat Pusat Tahmidi) untuk sediakan peserta. Alhamdulillah, dorang boleh sediakan lebih kurang 20 orang peserta. Separuh dari jumlah asal yang diminta. Kira oklah daripada tak ada langsung.

Hari pertama, program berjalan lancar. Tapi bila nak masuk hari kedua program, kami ada masalah sebab ada peserta tak dapat join pada hari kedua. So, kami kena cari balik peserta untuk pasti program.

Malam sebelum hari kedua, aku tahan semua urusetia dari balik awal. Aku minta dorang fikir sama-sama cara atasi masalah tu. Rasa macam kejam sangat aku waktu tu. Haha. Tapi nak buat macam mana, aku perlukan pertolongan semua. Aku tak mampu untuk fikir sorang-sorang.

Betullah orang cakap, bila kita share masalah. Rasa terbeban tu akan rasa sedikit berkurang. Alhamdulillah, malam tu kami dapat beberapa peserta baru. Alhamdulillah juga, program tu akhirnya berjaya dilaksanakan. Syukur.

Kem Pemantapan Jati Diri: Integriti Dijulang, Rasuah Dibenci
Angkatan Mahasiswa Anti- Rasuah (AMAR USIM)

***
FOKUS TERGANGGU

Jujur, sem lepas juga fokus aku pada pelajaran sedikit terganggu sebab terlalu sibuk. Fuh! Jap lagi dapat ceramah... "tulah sape suruh aktif kelab sangat"

Tapi bila fikir balik, sepatutnya aku tak boleh salahkan kesibukan tu. Aku patut salahkan diri sendiri sebab tak bijak manage masa dan utamakan apa yang patut.

Kalau compare dengan sem sebelum ni, pengurusan masa aku sem lepas hancur. Dulu pun aku sibuk tapi alhamdulillah still boleh seimbangkan semua tu. Tapi masuk sem ni rasa macam banyak benda tak sempat buat especially melibatkan study.

Dulu walaupun sibuk mana pun, aku akan paksa diri cari masa untuk study before masuk kelas. Tapi sem ni, masuk kelas dengan kepala kosong. Bila start kuliah mulalah aku terlopong.

Pernahlah aku muhasabah diri. Kenapa sem dulu boleh je urus masa dengan baik. Apa yang aku sedar. Mungkin faktor jawatan kot. Sem dulu jadi kuli je. Haha. Sem ni kena jadi pengerak dan pantau anak buah buat kerja.

Semua tu sedikit mencabar. Hari-hari duduk fikir cara nak pastikan anak buah buat kerja. Fikir gerak kerja. Semua tu memang nak mudah. Tapi bila kau alami benda tu waktu tu kau akan sedar betapa susah tugas pimpin orang ni. Itulah yang aku rasa sekarang ni.

Orang nampak kita tak buat kerja sebab yang buat kerja adalah kepala kita. Kerja fikir gerak kerja dan pastikan ahli laksanakan semua tugas yang diberikan. Bukan mudah nak arah dan urus orang. Sebab setiap orang ada ragam dan perangai dia sendiri. Tak semua orang boleh terima kita. Tak semua orang boleh berkerja dengan kita. Dan tak semua orang boleh ikut cara kita berkerja.

Serius, benda tu bukan mudah. Adalah sedikit sebanyak rasa terbeban. Sampai satu tahap aku rasa macam nak lepaskan semua jawatan yang dipegang. Nak fokus sepenuhnya pada study.

Tapi setiap kali rasa tu datang. Aku persoalkan diri sendiri. Kalau aku hanya fokus pada study, apa value tambahan yang aku boleh dapat? Sekadar bijak belajar tapi kurang pada part soft-skill, tak guna. Sebab nanti bila masuk dalam industri elemen tu diambil kira.

So, aku pujuk hati untuk terus pegang amanah tu. Laksanakan sebaik mungkin tugas yang diberi. Selalu bisik pada diri, orang bagi jawatan tu sebab orang percaya kita boleh buat. So, jangan rosakkan kepercayaan tu.


PENGALAMAN JOIN PERSATUAN KAT USIM

Seriously, USIM memang nak ajar student dia jadi manusia berkualiti atau lebih tepat... jadi staff.  Haha. Banyak benda student kena buat sendiri. Pendapat aku, pihak universiti melihat jauh ke depan. Dengan cara nilah mereka boleh bentuk student agar capai tahap yang diperlukan industri sekarang. Fresh graduate yang boleh buat banyak kerja. Yang ada banyak pengalaman. Mahasiswa yang seimbang akademik dan kemahiran insaniahnya.

Tapi bukan USIM je ada matlamat macam tu. Semua universiti ada matlamat dan buat macam tu pada studentnya. Aku yakin universiti lain pun latih student macam tu. Maybe lagi hebat lagi.

"Mentang-mentang dah keluar UniSZA, tak puji pun UniSZA". Haha.

UniSZA pun banyak bentuk aku. Banyak pengalaman yang aku belajar kat UniSZA. Nantilah aku kongsi kat entri lain pasal pengalaman tu. Tak boleh campur aduk. Serabut! Haha

Ok. Aku rasa aku perlu noktahkan entri ni sebab panjang sangat dah ni. Alhamdulillah, setelah senyap dalam tempoh yang lama. Akhirnya aku berjaya post entri pertama tahun 2019. Haha.

Btw, thanks sebab sudi membaca. Jumpa pada entri akan datang.


NADHIRAH NASIR
21 JANUARI 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan