Sampai buat kita rasa dah tak larat dah nak kejar impian untuk sambung
belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Rasa macam nak kuburkan je segala
impian tu. Anggap je impian tu tak pernah wujud.
Waktu tu kalau boleh nak habiskan secepat mungkin pengajian kat universiti/kolej.
Dah tak kisah pada pelajaran. Dah tak kisah grad dengan result berapa. Dah tak
kisah laa kalau lulus dengan pointer yang rendah sekalipun. Asalkan kita habis
belajar.
Rasa bosan terperangkap dalam kehidupan seorang pelajar lebih
menguasai hati dan pemikiran. Kita dah tak ada hati untuk terus hidup dalam
ruang lingkup seorang pelajar yang dianggap menyeksakan jiwa dan batin. Yang
dipenuhi dengan tekanan yang tak pernah putus-putus muncul membelenggu diri.
Waktu tu, kita betul-betul dah bulatkan tekad, walau apa pun orang nak
kata, kita tetap dengan keputusan kita… “Aku takkan sambung belajar dah bila
habis nanti!”
Titik.
****
Pernah tak korang rasa macam tu?
Jika pernah, maknanya kita satu geng. Haha.
Jika tak, korang wajar dijadikan contoh teladan.
****
Sebelum ni, aku pernah tulis dalam entri tentang kesibukan aku terlibat dengan persatuan dan aktiviti universiti telah
ganggu fokus aku pada pelajaran. Dan waktu tu jugalah semangat belajar aku
menjunam ke tahap yang cukup teruk dan pasti mengusarkan mak bapak aku andai kata mereka tahu.
Rasa down sangat-sangat. Rasa macam perjuangan aku selama ni hanya
sia-sia je. Sampaikan aku merungut-rungut pada adik-adik housemate aku.
“Cepatlah habis degree. Serious, Kak Nadd rasa dah tak sanggup hadap
semua ni. Susah sangat! Rasa hilang semangat sungguh-sungguh ni.”
“Nak cepat habis. Kerja. Pastu kawin. Tak nak dah fikir pasal study
lagi.”
Jujur waktu tu memang tak fikir apa dah. Sebab tekanan belajar, mulut
main cakap je ikut hati dan perasaan. Bila fikir balik, aku tergelak
sorang-sorang.
Apasal aku cakap macam tu depan adik-adik housemate aku. Rasa diri
macam orang yang tak ada waras akal pulak. Tak matang langsung!
Dulu bukan main rancak aku bagi kata-kata semangat pasal pelajaran
pada dorang. Tapi bila dah kena atas batang hidung sendiri. Terkapai-kapai aku
cari bantuan, raih semangat untuk terus bertahan dalam perjuangan ni.
Nasib aku baik sebab Allah hadirkan aku insan-insan yang tepat. Mereka
tak pernah biarkan aku hadap kesukaran ni sorang diri. Dengan penuh tabah dan
setia, mereka tadah je telinga dengar aku merungut macam budak tak cukup umur.
Mereka hulur bantuan dengan cara… tiupkan kata-kata positif dalam diri
aku. Ajak aku untuk renung apa yang berlaku dari sudut yang lebih terbuka.
Tanpa jemu mereka pesan pada aku, benda yang dah jadi, mesti ada hikmah yang
Allah nak beri.
“Mungkin Allah nak bagi Kak Nadd rasa macam mana rasa jatuh yang
sungguh-sungguh jatuh. Rasa macam mana hilang harapan. Rasa macam tak ada
apa-apa.”
“Kita dah biasa rasa macam tu. Sekarang pun tengah rasa lagi. Sampai
dah tak ada rasa sebab selalu sangat jatuh.” Salah sorang dari adik housemate
aku bentangkan pendapat siap buat lawak untuk hiburkan hati aku yang sedang merusuh
dari dalam.
Aku pilih untuk buka hati terima nasihat dia. Mungkin betul apa yang
dia cakap. Mungkin sebelum ni, aku tak pernah rasa semua tu. Hanya sedikit saja
ujian Allah kirimkan untuk aku.
Kurangnya ujian buat aku berada dalam zon selesa. Syok sendiri dengan
menganggap Allah sayang aku lebih sebab tu Allah tak bebankan aku dengan banyak
ujian.
Sedangkan ujian yang banyak itulah sebenarnya tanda Allah sayang lebih
pada hambanya. Dan Allah akan sayang-sayang lebih pada hamba yang sabar dan
tabah menghadapi segala ujian yang dikirimkan-Nya.
---
3 LANGKAH BANGKITKAN KEMBALI SEMANGAT YANG PERNAH HILANG
Aku yakin part ni yang korang tunggu-tunggukan. Korang bukan nak baca
pun kan ayat kat atas yang panjang lebar tu. Dan macam karang novel pula. Haha.
Ok straight to the point. Ini 3 langkah aku buat untuk pulihkan semangat
belajar.
1. Refleksi Diri/Muhasabah
diri
Point ni mungkin agak klise.
Tapi aku tetap juga nak highlight benda ni. Sebab memang benda ni yang aku buat. Sampai sekarang aku masih
ingat kata-kata salah sorang tutormate aku. Dia ada bagi satu ayat yang buat
aku sentap dan merenung panjang.
“Cuba akak semak balik hati
akak. Mungkin tanpa akak sedar, kat hati akak pernah wujud rasa riak, bangga,
sombong atau whateverlah...”
“Mungkin juga ujian ni sebagai
teguran dari Allah untuk akak. Manalah tahu, sebelum ni akak pernah rasa selesa
dengan keadaan akak sekarang ni. Akak dapat apa yang orang tak dapat…”
Semua kata-katanya terus zup ke
hati. Betul-betul terkesan. Seperti yang disarankan oleh tutormate aku tu, aku
semak hati aku. Mungkin betul kata dia. Segala rasa tu mungkin pernah wujud
dalam diri aku tanpa aku sedar.
Jadi, untuk atasi masalah hati.
Aku ambil pendekatan yang disarankan oleh beberapa ustaz dan ustazah menerusi
artikel yang dibaca dari buku dan internet. Kebanyakkan artikel yang aku baca
sangat beri penekanan terhadap zikrullah.
“Untuk rawat masalah hati. Mulakan dengan zikirullah.”
So, aku cuba paksa diri amal
berzikir. Biasakan diri berzikir bila habis solat dan bila aku duduk saja-saja tak buat kerja. Mungkin
sebab aku suka pada angka, so aku letak target dengan mengira setiap butir
zikir yang aku lantungkan. Baru aku boleh bandingkan... hari ni, aku berjaya bilang berapa butir tasbih. Esok berjaya berapa pula and so on.
Dalam sehari aku perlu berzikir
sebanyak seribu kali. Dua ratus kali untuk setiap waktu solat. Tapi ada juga kalanya,
iman aku tak kuat. Aku skip zikir tu. Ada ketikanya aku tak berjaya sasar seribu kali zikir tu. Tapi aku denda dengan top-up jumlah yang aku skip pada hari
selepasnya.
2. Review Journal/Diari
Boleh dikatakan… dah jadi rutin bagi aku
tulis apa yang berlaku dalam hidup aku dalam buku khusus. Kadang-kadang bila
malas nak tulis guna tangan, aku akan tulis guna laptop. Aku start tulis guna
laptop waktu tahun 2017. Setiap file aku lock sebab bimbang adik aku ceroboh
baca apa yang aku tulis. Sedangkan buku yang aku tulis, dia boleh cari dan curi baca. Jadi tak mustahil untuk dia buat benda tu lagi. Budak tu bukan makan saman. Lagi orang larang, lagi
dia nak buat.
Actually, aku segan nak share
benda ni tapi bila fikir balik… manalah tahu cara aku ni boleh beri inspirasi
pada orang lain. So, oklah... aku shar. Haha.
Cuti semester kali ni, aku pilih
untuk baca balik apa yang aku tulis. Buku pertama yang aku tulis waktu
tingkatan 3, aku belek kembali. Baca dari awal sampai akhir. Aku baca dah macam
baca novel.
Aku tengok balik amalan apa yang
aku buat waktu semangat belajar aku tengah berkobar-kobar dulu. Lepas tu, aku
semak ada tak amalan dulu apa yang aku tinggalkan sekarang ni.
3. Tengok video motivasi/ceramah kat youtube
Memandangkan aku dalam proses
nak memperbaiki penguasaan Inggeris, so aku lebih suka memilih yang video
disampaikan menggunakan bahasa tu. Antaranya channel/youtuber yang jadi pilihan
aku ialah Aiman Azlan, Aida Azlin, Miss Mina, Ana Mascara dan Team Fearless.
Kadang-kadang, ada ketikanya,
aku layan juga video motivasi/ceramah melayu dari channel Yufid TV, ML Studios
dan Cocombee Studio.
Alhamdulillah pengisian mereka banyak
bantu aku raih kembali semangat aku yang hilang tu.
NADHIRAH NASIR
10 FEBRUARI 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan