pages

Muslim Accountant



Sebelum ni aku tulis post ni di IG story. Sebab kebanyakkan pengguna IG lebih suka tengok IG story berbanding feed.


So, aku decide post kat situ. Dengan harapan ada manfaat yang orang akan dapat melalui perkongsian aku. Aku ada 'pin' story ni di highlight story bahagian #economic at @nadhirnaser

Bila baca balik perkongsian aku, I thinks I need share in my others socmec. So, I decide post here.

----
"Jadilah sebaik-baik manusia yang beri manfaat pada orang lain."
 ----

Jika diberi peluang untuk menulis. Aku nak menulis. Kejar impian jadi penulis. Habiskan sebanyak mungkin masa untuk menulis. Karang sebanyak mungkin perkongsian tentang kebaikan, hikmah kehidupan dan lain-lain lagi.

Tapi, masa selalu tak mengizinkan aku. Aku perlu fokus pada impian yang aku rasa perlu aku dahulukan. Impian untuk jadi salah seorang yang pakar dalam bidang perakaunan. (InshaAllah, mohon doa yang dari semua)

Aku harap aku mampu sumbang kepada peratusan akauntan muslim yang berdaftar sebagai 'charter accountant'.

Pernah dulu beberapa orang pensyarah aku dari UniSZA juga dari USIM, khabarkan tentang masalah negara ini.

"Walaupun kita ada ramai graduan muslim yang datang dari bidang perakaunan. Namun, negara kita tetap kekurangan akauntan muslim. Tak sampai 10% pun angka akauntan muslim yang berdaftar. Selebihnya peratusan tu datang dari kaum lain. Datang dari non-muslim."

"Kamu tahu... yang rangka, revise dan alter standard MFRS tu pun kebanyakkannya datang dari non-muslim. Macam mana kita nak serap masuk elemen Islam dalam standard yang kita guna kalau peratusan kita tak kuat untuk lawan mereka?"

"Macam mana kita nak melobi untuk dapatkan suara majoriti sedangkan angka kita angka minoriti?"

"Ya betul kita ada ramai graduan muslim, tapi tak ramai yang pilih untuk teruskan perjuangan dalam bidang ni. Bidang ni bukan mudah. Perlu banyak pengorbanan. Perlu ada jiwa yang kental. Perlu punya kesabaran yang tinggi. Perlu ada semangat yang kuat. Barulah kita mampu bertahan."

Waktu nasihat tu menyapa telinga, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Aku perlu saluran hasrat murni ini pada rakan-rakan aku.

Jadi aku pilih untuk tulis apa aku rasa. Dengan harapan aku mampu salurkan semangat yang aku rasa sekarang ni pada mereka.

Untuk mereka yang membaca, yang datang dari bidang yang sama dengan aku. Moga kalian diberi kesabaran untuk terus bertahan dalam bidang ini. Terus teroka bidang ni dan jadilah salah seorang yang pakar dalam bidang ni.

Semoga perjuangan kalian diiringi rahmat-Nya.


NADHIRAH NASIR
7 APRIL 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan