19 Februari 2015.
Pembuka tirai pembentangan untuk Semester Ke-3. Pembentengan
ini merupakan pembentangan bagi subjek "Fundamental Of Marketing'.
Biarpun ianya biasa-biasa sahaja namun bagiku ianya cukup
bermakna kerana aku telah korbankan seluruh tenaga dan waktu untuk persiapan
bagi pembentangan ini.
Kami sekumpulan saling bertungkus-lumus memastikan segala
perancangan disusun serapi mungkin.
Pembentangan ini bertujuan memperkenalkan perniagaan secara
online yang kami kendalikan.
Secara ringkas tentang kumpulan kami.
Kami sekumpulan telah bersepakat menamakan perniagaan kami
dengan nama 'e-Falahians Corporation' yang mana merupakan gabungan dua bahasa
iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Huruf 'E' diletakkan
di hadapan perkataan itu sebagai simbol perniagaan yang kami jalankan adalah
secara online.
Ungkapan 'Falah' membawa maksud berjaya/kejayan. Manakala
'Falahians' pula bermaksud orang yang berjaya.
Seperti kata sahabat saya, "Semoga perniagaan yang kami
jalankan ini akan berjaya sesuai dengan namanya yang indah itu."
Kumpulan kami mempunyai 10 orang ahli.
Diketuai oleh Mohd Aizzad Bin Norrizan.
Dianggotai oleh :
Muhammad Arifuddin Bin Ab. Rahman
Wan Hidayatun Nadhirah Binti Wan Mohd Nasir
Siti Wan Ratna Muaina Binti Wan Abdul Aziz
Ainul Athirah Binti Mohd Suhaimi
Nurul Naasyidah Binti Mohd Zan
Atiqah Amirah Binti Habib
Nur Hanani Binti Nazman
Rozainie Binti Rosmadi
Nor Iyliyin Binti Ramli
Pada awalnya, kumpulan ini hanya terdiri daripada
siswi-siswi sahaja namun disebabkan timbulnya bangkangan daripada kumpulan lain
kerana kumpulan ini tidak punyai siswa.
Jadi untuk berlaku adil terpaksalah kumpulan sebelum ini
dibubarkan dan dibentuk kembali dengan memasukkan 2 orang siswa. Maka dengan
itu, terbentuklah 'e-Falahians Corporation.'
(Barulah terasa begitu susah juga ya nak wujudkan sesebuah
kumpulan. ^_^ )
Logo di atas merupakan logo kumpulan kami. Ia dihasilkan dengan kerjasama semua ahli. Idea disatukan maka terbentuklah logo ini. Agak simple namun cukup bermakna bagi kami kerana ia merupakan lambang kemegahan kami. (cewah)
Oleh kerana kumpulan ini wujudnya ia atas paksaan, maka
berlakukan lah sedikit salah faham dan percanggahan pendapat di kalangan
ahli-ahlinya.
Namun, ianya tidak berlarutan kerana masing-masing mula
memahami dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sesama ahli.
Alhamdulillah, berkat usaha beberapa orang ahli yang
inginkan keamanan dan kedamaian dalam berkerja akhirnya persefahaman dan semangat berkerjasama mula
dapat dipupuk antara ahli.
Syukur. ^_^
__________________________
Persefahaman sebenar cukup susah untuk dipupuk
Namun, apabila kena caranya,
Insha-Allah, ianya mampu bercambah
menjadi sebuah ikatan.
Ikatan yang sangat kukuh.
Ibarat kukuhnya sebuah tembok.
Kerana kekuatannya disatukan menjadi benteng yang kuat dan
kukuh dan ianya tidak mudah untuk dirobohkandan dimusnahkan.
Begitulah ikatan kami e-Falahians member's
Walaupun wujudnya ia penuh dengan drama-drama yang tersendiri.
Walaupun wujudnya ia penuh dengan drama-drama yang tersendiri.
Namun, apabila persefahaman diletakkan sebagai tunjang
utama.
Alhamdulillah, ianya benar-benar mengukuhkan kami.
____________________________
secara jujurnya, saya berasa bertuah kerana dapat menyertai
kumpulan ini kerana ahli-ahlinya sangat hebat dan mengagumkan. Insha-Allah,
saya akan sedaya upaya memastikan setiap perancangan yang dibuat akan tercapai
sesuai dengan impian semua. (AMIN)
Saya sangat berharap, semoga ianya menjadi sebuah memori
yang terindah dan bermakna bagi saya, seorang yang bergelar mahasiswi (^_^)
Semoga kejayaan sentiasa bersama kami.
________________________________
SEDIKIT TAMBAHAN
Sekiranya rakan-rakan sekalian ingin mengetahui lebih lanjut
tentang perniagaan yang kami jalankan dan barangan yang kami pasarkan.
Jom lawati website-website kami seperti berikut.
Jom follow kami !!!
Jika anda inginkan barangan seperti makanan, pakaian,aksesori,
craft, handbag, jam dan lain-lain lagi.
Jom dapatkannya melalui kami dengan harga yang berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan